Asalamualaikum w.b.t...
Alhamdulilah...Dengan Rahmat serta limpah kurnia-Nya.. Hari ini saya (Az - Zumar) berjaya menyiapkan blog yang tidak seberapa ini untuk perkongsian kita bersama. Tujuan Saya mereka blog 'Race to Masjid' ini ialah untuk mengajak semua muda mudi Islam agar sama-sama menghayati keindahan Islam khususnya di bumi Sipitang ini. Disamping itu, blog ini juga saya reka khas untuk mengajak para remaja Islam di Sipitang untuk sama-sama mengimarahkan masjid Hj Hashim, Pekan Sipitang.
Pasti anda tertanya-tanya mengapa saya benar-benar ingin mengajak semua sahabat-sahabat Muslimin & Muslimat untuk berkunjung ke Masjid bukan??? Jawapannya, Pada tiap - tiap bulan di minggu ketiga, Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang (KRU'S) Akan mengadakan Qiamulail Perdana. Berbagai - bagai pengisian dan aktiviti menarik disediakan untuk santapan rohani kita semua. Sahabat - sahabt bolehlah merujuk jadual serta tentatif program dari semasa kesemasa di Masjid Hj Hashim Pekan Sipitang, untuk maklumat yang lebih terperinci.
Ok, kita juma di sana...sekian, Wasalam...